Rabu, 27 Februari 2013

Biologi tingkatan 4 : BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA UNISEL

organisma sel dalam organisma multisel boleh diringkaskan sebagai

~Sel
~tisu
~organ
~sistem
~organisma multisel



ORGANISASI SEL DALAM HAIWAN

TISU

~tisu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
~tisu epitelium
~tisu otot
~tisu penghubung
~tisu saraf



TISU EPITELIUM

~tisu epitelium terdiri daripada daripada satu atau lebih lapisan sel.
~sel-sel tisu tersusun rapat antara satu sama lain membentuk satu lapisan berterusan yang melapisi permukaan luar (kulit dan ruang mulut).
~permukaan berongga dalam badan (rongga salur pencernaan dan kelenjar endokrin).
~tisu epitelium berfungsi sebagai halangan yang berupa pelindung daripada jangkitan, kecederaan mekanikal dan penyahidratan.
~tisu epiteliumyang melapisiusus manusia membentuk sel goblet yang merembes mukus ke dalam salur pencernaan.
~tisu epitelium yang melapisi trakea mempunyai sel panjang dengan unjuran seperti rambut yang dikenali sebagai silium.


TISU OTOT

~tisu otot merupakan tisu yang paling banyak terdapat dalm badan.
~tisu otot terdiri daripada gentian otot.
~terdapat tiga jenis otot iaitu otot licin (usus, salur darah, salur kencing, salur pembiakan), otot rangka (tulang rangka badan) dan otot kardium (dinding jantung).
~pengecutan dan pengendoran otot licin bertanggungjawab terhadap aktiviti luar kawal badan seperti peristalsis di sepanjang salur pencernaan.
~otot licin mengecut lebih perlahan daripada otot rangka tetapi kekal engecut untuk jangka masa yang lebih lama.
~otot rangka terlibat dalam pergerakan terkawal.
~otot rangka mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang.
~otot kardium mengecut untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.
~pengecutan otot kardium adalah luar kawal.



TISU SARAF


~tisu saraf terdiri daripada neuron atau sel saraf.
~setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson.
~neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan dan seterusnya mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioeletrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.
~tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.



TISU PENGHUBUNG

tisu penghubung terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-

~tisu penghubung longgar.
~tisu penghubung bergentian.
~rawan.
~tulang.
~tisu darah.
~tisu adipos(tisu lemak).



TISU PENGHUBUNG LONGGAR

~tisu penghubung longgar merupakan tisu penghubung yang paling banyak terdapat dalam badan.
~tisu ini berfungsi memautkan tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.



TISU PENGHUBUNG BERGENTIAN

~tisu penghubung bergentian mengandungi banyyak gentian kolagen yang disusun rapat.
~tisu penghubung jenis ini dijumpai dalam tendon yang menyambungkan tulang kepada otot dan ligamen yang menyambungkan tulang kepada tulang.




RAWAN


~rawan ialah tisu penghubung yang kuat dan fleksibel.
~rawan memberi sokongan kepada hidung, telinga dan menutup hujung tulang pada sendi.
~ceper yang didapati antara vertebra dan bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan.



TULANG

~tulang terdiri daripada sel-sel yang terbenam dalam satu matriks kolagen dan dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium fosfat.
~kombinasi ini menyebabkan tulang lebih keras daripada rawan.
~tulang melindungi organ dan menyokong badan.



TISU DARAH

~tisu darah seperti sel darah merah dihasilkan dalam sumsum tulang yang terletak di hujung tulang panjang.
~darah memainkan peranan dalam pengawalaturan,pengangkutan dan perlindungan.\



TISU ADIPOS(TISU LEMAK)
~tisu adipos terdiri daripada sel-sel yang tersusun padat untuk menyimpan lemak.
~tisu ini boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan di sekeliling semua organ utama.
~tisu ini berfungsi memberi tenaga simpan dan juga membekalkan penebatan dan perlindungan.



ORGAN

~organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang bergabung bersama untuk melakukan sesuatu fungsi yang khusus.
~kulit merupakan organ yang melapisi seluruh badan.
~kulit berfungsi sebagai pelindung terhadap jangkitan, kecederaan fizikal dan penyahidratan.
~kulit terdiri daripada dua lapisan utama iaitu epidermis(luar) dan dermis(dalam).
~lapisan epidermis terdiri daripada tisu epitelium.
~sel-sel epitelium sentiasa menjalankan pembahagian sel.
~dermis terdiri daripada tisu penghubung, tisu saraf, tisu epitelium dan tisu otot..
~darah dibekalkan kepada kulit melalui jaringan kapilari darah.
~pelbagai hujung gentian saraf tersebar di seluruh dermis dan epidermis.
~hujung-hujung sarafmerupakan reseptor tekanan, suhu, sentuhan dan kesakitan yang memancarkan impuls saraf ke bahagian sistem saraf yang lain.



SISTEM

~setiap sistem terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus.
~terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama dalam badan manusia.
~fungsi semua sistem mesti berkoordinasi supaya organisma dapat hidup dengan sempurna.

jenis-jenis sistem utama dalam badan manusia:-

~sistem integumen
~sistem peredaran darah
~sistem endokrin
~sistem limfa
~sistem saraf
~sistem pencernaan
~sistem otot
~sistem perkumuhan
~sistem rangka
~sistem respirasi
~sistem pembiakan



ORGANISASI SEL DALAM SEL TUMBUHAN



TISU

~tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:-
~tisu meristem(sel bersaiz kecil yang mempunyai dinding nipis, nukleus bersaiz besar, sitoplasma padat dan tiada vakuol).
~tisu kekal(tisu matang yang telah mengalami perbezaan atau sedang mengalami pembezaan).
~tisu kekal terbahagi kepada tiga iaitu:-
~tisu epidermis
~tisu asas
~tisu vaskular



TISU EPIDERMIS

~tisu epidermis ialah lapisan paling luar yang melapisi permuaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda.
~kebanyakan sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol yang besar.
~dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi oeh lapisan berlilin yang kalis air disebut kutikel.
~kutikel mengurangkan kehilangan air secara penyejatan, melindungi dau daripada kecederaan mekanikal dan menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.
~sel pengawal ialah sel epidermis khusus yang boleh ditemui di antara sel epidermis daun..
~sel ini mengawal penutupan dan pembukaan stoma.
~sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang disebut akar rambut yang menambahkan luas permukaan untuk penyerapan air daripada tanah.



TISU ASAS


~tisu asas terbahagi kepada tiga iaitu:
~tisu parenkima
~tisu kolenkima
~tisu sklerenkima


TISU PARENKIMA

~sel yang paling ringkas dan tidak khusus yang dijumpai dalam semua organ tumbuhan.
~sel-sel ini mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.
~tempat menyimpan kanji dan gula.
~tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan herba.



TISU KOLENKIMA

~tisu kolenkima mempunyai dinding sel yang menebal secara tidak seragam terutamanya pada bucu-bucunya.
~memberi sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba), batang muda dan petiol.



TISU SKLERENKIMA

~mempunyai dinding sel sel yang ditebalkan dengan seragam oleh lignin dan mungkin merupakan tisu mati.
~memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.



TISU VASKULAR

~tisu vaskular terbahagi kepada dua iaitu:-
~xilem(mengangkut garam mineral dan air)
~floem(sebatian organik yang baru disintesis/ menjana fotosintesis kepada tumbuhan)



XILEM

~mengangkut garam mineral dan air terlarut dari akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan.
~memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan.



FLOEM

~terdiri daripada sel tiub nipis yang tersusun hujung ke hujung untuk membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan.
~sebatian organik yang baru disintesis.



ORGAN DAN SISTEM DALAM TUMBUHAN

contoh organ tumbuhan iaitu:-

~daun
~bunga
~batang
~akar

daun terdiri daripada:-

~tisu asas
~tisu vaskular
~tisu epidermis
~sistem organ tumbuhan tidak begitu khusus dengan sistem organ haiwan.

tumbuhan berbunga terdiri daripada dua sistem utama iaitu:-

~sistem akar
~sistem pucuk
~sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan

sistem pucuk terdiri daripada:-

~batang
~daun
~pucuk
~bunga
~buah
~batang dan ranting merupakan sistem sokongan untuk menyokong daun pada kedudukan menegak bagi membolehkan penyerapan cahaya dan fotosintesis.
~bunga terlibat dalam proses pendebungaan.



PENGAWALATURAN PERSEKITARAN DALAM



PERSEKITARANDALAM ORGANISMA MULTISEL

~persekitaran dalm organisma multisel terdiri daripada bendalir interstis dan plasma darah.
~bendalir interstis memenuhi ruang antara sel dan sentiasa membasahi sel.
~pertukaran nutrien dan bahan buangan berlaku antara bendalir interstis dengan plasma darah dalam kapilari darah.



KEPERLUAN MENGEKALKAN PERSEKITARAN DALAM YANG OPTIMUM

faktor-faktor fizikal yang perlu dikawal atur:-
~suhu
~tekanan darah
~tekanan osmosis

faktor-faktor kimia termasuklah:-

~kandungan garam
~gula
~nilai pH
~homeostasis ialah pengawalaturan persekitaran dalam yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.
~perubahan ini dikawal atur melalui mekanisme homeostasis yang mengekalkan persekitaran dalam supaya proses metabolisme boleh ters berlaku pada kadar yang optimum.
~sebarag peningkatan nilai faktor fizikal atau kimia akan mencetuskan satu mekanikal homeostasis untuk mengembalikan nilai tersenut ke arah normal.
~sebaliknya, sebarang penurunan mencetuskan mekanisme homeostasis untuk meningkatkan semula nilai ke aras normal.
~mekanisme yang mengawal atur homeostasis dikenali sebagai mekanisme suap balik negatif.



PENGLIBATAN PELBAGAI SISTEM DALAM MENGEKALKAN PERSEKITARAN DALAM YANG OPTIMUM

~suhu badan dikawal atur oleh sistem integumen (kulit dan kelenjar peluh), sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem otot dan sistem endokrin.
~sistem respirasi, sistem peredaran darah dan sistem saraf mengawal atur aras kepekatan karbon dioksida dan oksigen dalam aliran darah.
~aras glukosa darah dikawal atur oleh kelenjar endokrin, sistem peredaran darah dan sistem pecernaan.
~sistem saraf, sistem endokrin, sistem perkumuhan dan sistem peredaran darah mengawal atur tekanan osmosis darah serta keseimbangan air dan bahan terlarut dalam bendalir badan.
~kandungan kimia dalam badan seperti bahan buangan metabolisme dikawal atur oleh sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem endokrin.
~aras pH dikawal atur oleh sistem respirasi sistem peredaran darah dan sistem perkumuhan.