Jumaat, 7 Disember 2012

WaNiTa beRHiaS

WaNita yang hebat dan bijaksana adalah wanita yang pandai menjaga diri dalam mghadapi kehidupan hariannya.Mereka hanya menginginkan keindahan yang abadi dan bukan  keindahan sementara.

Wanita beriman mampu menjaga kehormatan diri dalam keadaan miskin,bahkan mampu menjauhkan rasa rendah diri dan hina.Dapat melakukan kehidupan sederhana tatkala kaya dengan mengekang diri sehingga tidak berlebih-lebihan.Pakaian yang digunakan memperlihatkan pengaruh nikmat ALLAH terhadapnya.Tidak sombong dalam berhias sehingga dengan sengaja menunjuk-nunjuk perhiasan dunia yang ada padanya.Sebaliknya mereka sentiasa tawadhuk kepada ALLAH S.W.T..

Walaupun kehidupan moden ini banyak menampilkan unsur kenikmatan dunia secara berlebihan,namun bagi wanita solehah akan tetap menjaga maruah diri ketika bergaul dan berpakaian..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan